KERANA AKU ADALAH AYAH
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnyaYang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok. Disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab: "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa adakeluhan dan rasa sakit?" Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajahayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagaijawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitankerapkali menyerangnya".
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapunjuga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akanmenguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari danmenemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusahamencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
HARGAILAH KAUM BAPA
...
sini ada lirik lagu unic-dipondok kecil...best lagu nieh..hayati..renung-renung..dan selamat beramal![]()
Di pondok kecil
Di pondok kecil, Di pantai ombak,
Berbuih putih, Beralun-alun.
Di suatu hari, Ayah berkata,
Jaga adikmu, Ayahkan pergi jauh.
Kupandang wajah ayah, Dahinya ku cium,
Air mata mengalir, Hatiku pilu.
Diam-diam la sayang, Jangan menangis,
Doakan ayah , Semoga diterima.
Diam adikku sayang, Jangan menangis,
Andai ayah gugur, Doakan dia syahid.
Selamat berjuang, Ayah tercinta,
Kau pergi dulu ayah, Ke medan juang.
Ku iringi doa, Moga berjaya,
Beroleh kemenangan, Demi agama Islam.
Wahai abangku, Ke mana ayah,
Ku sayang ayah, Ku cinta ayah.
Wahai abangku, Ke mana ayah,
Ku sayang ayah, Ku cinta ayah.
Duhai adikku sayang, Jangan bersedih,
Ayahmu pergi, Menyambut seruan Ilahi.
Tapi ingatla adikku, Pesanan ayah,
Berjuang dan berkorban, Walau di mana jua.
Pada Mu Tuhan, Aku bermohon,
Dosa ayahku, Minta diampunkan.
Berilah rahmat, Bantula ia,
Untuk menegakkan,
Agama Islam.
.
kerana ku adalah ayah________-
--Death-not3-- Jic-------- 0 comments
Labels: tentang pe nie?___
Del.icio.us Add to del.icio.us Digg DiggIt! Reddit Reddit Stumbleupon Stumble This Google Bookmarks Add to Google Bookmarks Yahoo My Web Add to Yahoo MyWeb Technorati Add to Technorati Faves Slashdot Slashdot it
aboh?
"pagi tadie...tengah minum mengeteh ngan member-member kat kedei kopi...aku terbaca 1 tajuk yang cukup menyedihkan..." anak kapak bapak sebab RM 2"..kalau xsilap la..cube cek balik kat akhbar metro rabu 17/12/2008...memang menyedihkan...mujurlah antara punca die sebab anaknya tu memang mereng...tapi nak mereng pun..g la kapak tandan sawit..ye x..koman2 dapat gop upah...ades..2 la dunia skang..punya la banyak jasa seorang "ayah".."aboh"..dan "papa" nie kat anak-anak die..tapi..inikah balasan?? yeahaaa....dah la masa kecik kita "kapak" aboh kita beli kete control...custom spidermen....dan yang anak pmpn die lak...teddy bear king saiz...baju tidur...."kapak" duit beli alat makeup nak detim ngan pakwe.......sampai de yang pad pun aboh belikan (sapa 2 agaknyer)...tapi bila-bila dah beso.....bukan nak bg aboh "kapak" kita balik..dibantainya "kapak" kepala aboh die betul-betul......alahai..mintak simpang pada kita dan anak-anak kita nanti... kes di atas mungkin de sebab-sebab lain yang kita xtau..manusia yang ilang waras akalnya tidak harus dipersalahkan...jika die normal..mungkin die menyanyangi aboh die melebihi kita sendiri...dan kita??.....mungkin kita xmenyakiti aboh dengan cara itu..mungkin dari cara yang lain....hmmm...fikir-fikirkan............
--Death-not3-- Jic-------- 3 comments
Labels: tentang pe nie?___
Del.icio.us Add to del.icio.us Digg DiggIt! Reddit Reddit Stumbleupon Stumble This Google Bookmarks Add to Google Bookmarks Yahoo My Web Add to Yahoo MyWeb Technorati Add to Technorati Faves Slashdot Slashdot it
temu_____duga pe nie?

INGIN DITEMUDUGA SAMBIL BERDIRI JER..
-Dikatakan seorang yang pemalas dan tidak suka berusaha.Sekiranya diberi tugas,anda suka melakukan dengan sambil lewa saja.Disamping itu,anda juga xsuka pada mende remeh temeh sebaliknya lebih suka pada tugas yang senang.Perkara yang ditakuti adalah dimalukan didepan orang ramai.
*-agak-agak ler nak temuduga berdiri..kalau kene sejam kene temuduga,mau ketor kaki anda nanti..pastu tibe-tibe pitam lak sebab gabra + lenguh berdiri..kan dah dapat malu..kui..
ANDA AKAN KATA "MAY I HAVE A CHAIR PLEASE"
-Berani bersuara dan xtakut cabaran.Tetapi anda suka mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan prob anda.mungkin kerana anda kurang mptivasi dalam diri.Apa yang perlu anda lakukan ialah berusaha mencari insiatif sekiranya anda menghadapi ngan masalah berat
*-wah wah..kalau setakat cakap "May i have a chair please" xpe..tapi kalau dah sound "en..kusi saya mana..agak-agak la..baru temuduga dah nak ragging gini"..rasa-rasanyer..anda bukan saja dapat kusi..malah maki sekali..
TIDAK BERKATA APA-APA DAN TERUS KELUAR UNTUK MENGAMBIL KERUSI
Anda mempunyai insiatif untuk meyelesaikan masalah yang sememangnya baik untuk diri anda.Tetapi sayangnya cara anda kurang sopan sehingga boleh mendatangkan kemarahan pada orang lain.Jenis yang xpandai mengambil hati dan suka ikut kepala sendiri.
*-patutnya anda kene cakap skurang-kurang mcm nie sebelum keluar amik kusi.."en xde kusi untuk saya erk...len kali kene tulis kat surat panggilan temuduga tu..senang saya bawak kerusi dari rumah"...
BENGKOKKAN KAKI DAN BERIMAGINASI SEPERTI DUDUK DI ATAS KERUSIAdei..anda memang kelakar, suka membuat jenaka sehingga menggelikan hati orang lain.Jenis muka tebal dan xpernah rasa takut walaupun dimalukan dihadapan orang ramai.Sesetengah orang menganggap jenis orang yang kelakar dan sesetengah orang menganggap anda sebagai "sempoi"
*-erk.."sempoi" atau kata melayunya "orang kuo tampoi"..agak-agak ler temuduga pun nak wat lawak cmtu.. sebelum majikan mengambil anda bekerja..mesti die akan suruh anda buat surat doktor dulu..xpercaya?? try la buat...
ANDA AKAN BERKATA "NAMPAKNYA KITA MEMERLUKAN 1 LAGI KERUSI,BOLEH SAYA AMIKKAN?"
Mempunyai otak yang cergas,nilai diri dan pandai menghormati orang lain.Apa yang pasti anda seorang yang bijak menyelesaikan masalah tanpa mendatangkan marah orang lain.malah anda pasti menjadi tumpuan kengkawan untuk membantu menyelesaikan masalah
*-kalau nak lebih baik lagi..masa amik kusi tu..trus la amik air teh untuk penemuduga tuh..kompom dapat kerje..kui2

--Death-not3-- Jic-------- 0 comments
Labels: tentang pe nie?___
Del.icio.us Add to del.icio.us Digg DiggIt! Reddit Reddit Stumbleupon Stumble This Google Bookmarks Add to Google Bookmarks Yahoo My Web Add to Yahoo MyWeb Technorati Add to Technorati Faves Slashdot Slashdot it


