black metal------ajaran sesat atau.....

BLACK METAl





Apa yang kita fikir apabila membaca 2 perkataan ini..black metal.. setan? ajaran sesat? dadah? seks bebas? kepala kambing? pakcik paku? pakcik tukul? minum darah kambing? ataupun hanya 1 genre muzik seperti jazz,reggea,hiphop,rap.pop dan dangdut.

Muzik black metralyang lebih 10 tahun yang bertapak di Malaysia tiba-tiba menjadi 1 isu besar apabila dibongkarkan oleh media massa 1 ketika dulu.ia dikaitkan dengan ajaran sesat dan seks bebas.Remaja sekolah beragama islam (banyak dikesan di Kedah) dikatakan terlebat secara langsung melakukan pemujaan syaitan akibat mizuk black metal.Lebih menakutkan ada yang dikalangan mereka yang sudah tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah,mengoyak dan membakar kitab suci al-quran...apa punya umat nie..?? dan inilah pengakuan yang dibuat oleh individu yang terlibat kepada media.Tapi sebelum kita menjadi "black metal" selaku sebab utama..kita perlu tahu apa itu black metal.







Black metal hanyalah 1 genre muzik.Ia sama saja dengan genre muzik lain yang kita denga hari-hari ,cuma mesej dan cara penyampaian ia saja berbeza.Ia adalah evolusi daripada muzik-muzik berat seperti Heavy Metal dan Trash Metal (yang berakarkan dari muzik rock dan metal)Genre ini dipelopori oleh band dari Britain,Black Sabbath yang muncul dengan album sulung pada tahun 1970.Lirik lagu mereka ber"mesej"kan tentang "black magic", fantasi, dadah dan "occoult".Muzik mereka menampilkan riff-riff gitar yanga"seram".Nama Black Sabbath diambil dari judul filem seram karya boris karloft dan kebanyakan lirik mereka dipengaruhi dari Denis Wheatley,seorang novelis "occoult".



Bermula dari situ,Black sabbath menjadi idola kepada hampir semua band-band muzik berat sama ada black metal,trash metal,death metal,doom,grindcore,grunge sehinggalah ke alternatif.Namun yang betul-betul "mengaktifkan" muzik black metal adalah band Venom,juga dari britain yang muncul awal 70an dlu.Venom dilabelkan sebagai "Godfather of Black metal" dan "Satanism"(puja setan)kerana itulah satu-satunya agenda dalam lirik mereka.

Di sweden, Mereka digelar "The Most Evil Group You Will Ever Hear" kerana penangan "satanism"nya lebih hebat berbanding venom.Band-band terawal lain yang mengetengahkan konsep serupa adalah seperti Mercyful fate,King Diamond,Celtic frost,Hellhammer dan Sodom.ia terus berkembang. di norway,band-band seperti Mayhem,Darkthrone,Emperor,Burzumdan immortal dikenali Black circle Of norway.Menampakkan pengaruh mereka yang semakin meluas.Dan jika ingin mengenali Black Metal,perlu juga tahu nama-nama band seperti Behemoth,Rotting Christ,Cradle of filth.Dimmu Borgir,Absu,Beherit dan samael kerana merekalah yang melopori muzik ini sekian lama.



Berbalik kepada isu Black metal yang berlaku di tempat kita 1 ketika dulu.Apa yang didedahkan oleh mediaialah unsur-unsur satanism seperti amalan "ritual" minum darah kambing,666, simbol pentegram (bintang bucu lima), simbol salib terbalik di samping dadah dan seks.Memang tidak dapat dinafikan banyak band black metal memang mempunyai unsur "satanism"sebagai 1 unsur dalam muzik mereka,namun sebenarnya black metal berkonsepkan "kegelapan" dan ianya tidak semestinya berkait dengan satanism.Kegelapan yang ditonjolkan boleh di wakili dengan pelbagai mesej,dan tidak semestinya dengan pemujaan setan.Contohnya band seperti Therion dan Absu..menceritakan tentang lagenda gelap dan mitos semasa zaman messapotamia,mesir purba dan sumeria.Kreator,Napalm Death dan Helloween pula menceritakan tentang perbalahan masyarakat,penderaan kanak-kanak,dan konflik politik.Manakala Carcas pula menceritakan tentang "forensik" dan "medical" yang unik,Cradle of filth dan dimmu borgir pula terkenal dengan lagu membewa kisah benar tentang "pontianak" yang pernah wujud di negara mereka.Manakala Ancient Rites,Einhenjer dan Amon Amarth menampilkan muzik yang berat tapi lirik yang bersih tentang patriotik,peperangan purba,insipirasi dari novel dan kisah-kisah mitos.Mungkin mesej ini disalah ertikan disebabkan oleh ketaksuban dan menyebabkan berlakunya masalah "murtad" disebabkan oleh 1 genre muzik yang bergelar "black metal".



" SATANISM"
Jika di barat mereka adalah golongan berhaluan kiri. Sering melakukan upacara ritual (mistik) di gua-gua dan pengorbanan jiwa yang mendapat tentangan daripada pihak gereja Kristian.Motif mereka selalunya ingin menjadi "magician " dan ingin memanipulasikan orang lain untuk kepentingan peribadi, lebih tepat lagi adalah ajaran sesat.

Ia sebenarnya samalah seperti amalan sesetengah orang kita seperti menurun nombor ekor, mempercayai bomoh atau dukun,mengamal ilmu tuju-tuju,santau,bela hantu raya,polong,pelesit, dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain.

Pemuzik dan peminat muzik black metal selalunya tidak sampai ke tahap ini kerana ia memerlukan pengorbanan dan keseriusan meditasi yang ekstrim.Jadi amat bodohlah jika ada remaja yang mencubanya sekadar mengikut trend atau mencari pengalaman.



"PENTAGRAM" Ia telah wujud semasa zaman mesir purba tetapi diterbalikan (disongsangkan bucu) semasa zaman reneisannce oleh pengkaji sihir .Begitu juga dengan simbol baphomet (mahluk berkepala kambing) yang asalnya dilukis oleh eliphas levi untuk teori satanismnya.Teori tersebut kemudiannya disambung oleh pemuja syaitan paling terkenal iaitu Aleister Crowley.Kumpulan rock seperti Rolling Stone,Led Zeppelin,Eagles dan
The Beatles juga banyak terpengaruh dengan Aleister Crowley ini sebenarnya.

Jadi jika golongan remaja kita yang mempratikkannya untuk keseronokan dan fesyen,amat jahillah mereka.

"ANTI CHRIST" Ia bukanlah satu aktiviti memuja syaitan.Mengikut petikan buku kristian, ia adalah sejenis mahluk. Ia digambarkan sebagai "A PERSON OF TRUE HELLISH WICKEDNESS", "MESSIAH OF EVIL". Ia mungkin dajjal bagi bahasa mudahnya.

"ANTI KRISTIAN"Berbeza dengan "anti christ" , sememnganya ada pemuzik black metal di eropah yang kecewa dengan agama kristian kerana mereka menganggap mereka menyeleweng.Ini membuatkan mereka menentang dan menolaknya.Pada tahun 1994 berlaku beberapa kes-kes ekstrim dimana pemuzik black metal membekar gereja dan melakukan pembunuhan.Kes ini mendapat liputan yang meluas di sana.Jadi untuk menentang agama islam di sini bukanlah sesuatu yang wajar.Selagi ada kemungkinan,kerajaan wajar membenteras masalah sebegini.



"SIMBOL SALIB TERBALIK" Ia adalah simbol kepada "anti kristian"tetapi tidak sdopan jika kita beragama islam memakainya,menjadikan ia fesyen mahupun hiasan.

Jadi apa itu sebenarnya Black Metal? Fahaman atau sekadar muzik? terpulang pada anda untuk menilai. Penggemar muzik black metal bukan sahaja dari kalangan remaja sekolah, tetapi juga dari kalangan cerdik pandai (siswa-siswa), orang yang berkerjaya, mahupun mungkin ada diantara pemimpin kita sendiri. Dengarlah muzik meraka seperti anda mendengar lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee, Searh mahupun siti Nurhaliza.Hayati gubahan muziknya tapi jangan pula terpengaruh dengan mesej serta amalan mereka jika anda merasakan ia bertentangan dengan agama serta nilai-nilai kemasyarakatan.
Apa yang berlaku kepada remaja-remaja kita amatlah menyedihkan, yang peliknya pengasas balck metal iaitu VENOM pun tidak pernah mengadakan amalan ritual menyembah syaitan walaupun lirik mereka bermesejkan syaitan dan mengamalkan cara hidup bebas,Maksudnya mereka menggunakan logik akal untuk menangani sesuatu dan tidak lebih daripada konsep lagu dan inovasi muzik.Tapi remaja kita? Mereka bukanlah penggemar muzik black metal tapi "ahli ajaran sesat yang taksub dengan muzik black metal".

Betulkah punca utama kes "ajaran sesat" ini dari muzik Black Metal? Bagaimana dengan didikan yang diterima daripada ibubapa?Jika tidak mendengar muzik black metal pun, ramai "orang-orang kita" dan "mak-bapak kita" yang sesat. Bersepah kat disko,mabuk,khayal dan seterusnya tarik pasangan masing-masing naik bilik hotel yang ditempah sejak awal lagi.. .RW.





Post a Comment

 

| LABOUR-OF-HAT3 | use | traj1x____ | Design by | MOD3mk1LL3R | Copyright 2009 -2010